SELAMAT DATANG KE KELUARGA SOULTIEY!
Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Soultiey. Kami sangat menghargai semangat anda untuk membantu lebih ramai wanita melalui produk-produk kami bawa!
Untuk memastikan anda bersedia melangkah jauh bersama Soultiey, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diketahui:
> Pembelian Permulaan
- Untuk menyertai sebagai Leader Soultiey, anda hanya perlu membuat pembelian minimum RM299 ke atas dalam satu resit ATAU salah satu package product daripada catalog Soultiey sebagai permulaan.
> Maintain Setiap Bulan
- Untuk kekal aktif sebagai Leader, hanya perlu memastikan pembelian bulanan minimum sebanyak RM 250 .
> Kehilangan Akses Jika Tidak Aktif
- Kami faham kadangkala ada komitmen lain, tetapi jika tiada sebarang pembelian atau makluman kepada pihak HQ selama 3 bulan berturut-turut, anda mungkin akan:
- Dikeluarkan daripada WhatsApp Group Leader
- Kehilangan akses ke laman web khas Leader Soultiey
>Kejujuran & Integriti
- Sentiasa jujur dalam menguruskan pelanggan, team, dan jenama Soultiey.
- Mempunyai impian dan matlamat yang jelas untuk menjana pendapatan serta membantu lebih ramai wanita menjadi seperti anda.
>Pengaruh Positif di Media Sosial
- Aktif di media sosial seperti Instagram, Facebook, TikTok, atau platform lain.
- Bersedia membuat konten yang melibatkan penggunaan suara atau wajah sendiri untuk mempromosikan produk Soultiey.
>Personaliti Menarik , Jaga Penampilan & Bertenaga
- Mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan team.
- Mampu menyampaikan maklumat produk dengan jelas dan penuh semangat.
>Menyertai Latihan & Sesi Coaching
- Bersedia menghadiri sesi latihan, coaching, atau webinar yang dianjurkan pihak HQ untuk meningkatkan kemahiran penjualan dan pengurusan.
> Kewajipan Menjelaskan Bayaran
- Sebagai Leader Soultiey, kejujuran dan integriti sangat penting. Kami ingin menekankan bahawa sebarang hutang atau bayaran tertunggak (contoh: tempahan produk, stok, atau keperluan lain) mesti dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak HQ.
-
Jika terdapat tunggakan yang tidak dijelaskan selepas 30 hari, tindakan seperti:
- Akses akaun Leader ditangguhkan sementara.
- Caj Penalti sebanyak 5% setiap bulan daripada jumlah bayaran yang tidak dapat diselesaikan
- Kami sentiasa terbuka untuk perbincangan dan memahami situasi anda. Jadi, jangan segan untuk menghubungi pihak staff soultiey jika memerlukan bantuan atau memerlukan lanjutan masa untuk menyelesaikan sebarang bayaran.
- Kerjasama dan tanggungjawab adalah kunci untuk kita sama-sama berjaya! Amiin..
Pengesahan
Dengan mengisi borang ini, saya bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat di atas dan komited menjadi sebahagian daripada keluarga Soultiey.